en_US Englishms_MY Bahasa Melayu
Learn About Tableau

Wawancara dengan Radio Australia

posted on 15 April 2013

Di tengah-tengah kesibukan parti-parti politik Malaysia memuktamadkan senarai calon mereka untuk Hari Penamaan hujung minggu depan, kumpulan ibu-ibu, MamaBersih, mengumumkan ‘manifesto’ pilihan raya mereka sendiri.

Klik DI SINI untuk mendengar klip audio bersama-sama transkripsi (di dalam Bahasa Inggeris).

Di manakah wanita Malaysia di dalam PRU-13?

posted on 12 April 2013

Kenyataan Akhbar, 12 April 2013

Di manakah wanita Malaysia di dalam PRU-13?

Hilang di sebalik fokus pada pendirian politik menjelang Pilihan Raya Umum akan datang, penyertaan politikal wanita masih lagi satu kebimbangan untuk Malaysia. Walaupun penglibatan wanita lebih berkisar kepada pemberian dan bantuan kebajikan, mereka mungkin lebih jarang digambarkan sebagai peserta yang aktif di dalam politik pilihan raya dan urus tadbir. more →

Semalam bersama Dr Bridget Welsh: “Penyertaan dan Perwakilan Wanita di dalam Pilihan Raya Malaysia; Trend dan Implikasi untuk PRU13 akan datang”

posted on 30 2013

Imej asli dari http://lesradke.com/#/?page_id=28

Imej asli dari http://lesradke.com/#/?page_id=28

Undi Anda, Suara Anda

“Penyertaan dan Perwakilan Wanita di dalam Pilihan Raya Malaysia; Trend dan Implikasi untuk PRU13 akan datang”

Tarikh: 6 April 2013 (Sabtu)
Time: 8.30 malam
Lokasi: Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER), 13, Lorong 4/48E, 46050 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Sertai kami untuk satu malam bersama Dr. Bridget Welsh!

Dr. Welsh akan berkongsi kajian dan pengalaman beliau dalam penyertaan politikal wanita dan trend mengundi di Malaysia. Siapakah yang wanita undi? Bagaimana calon wanita akan bertanding di dalam pilihan raya akan datang? Adakah undi wanita betul-betul mempunyai impak?

Dr. Bridget Welsh adalah Profesor Madya di Universiti Pengurusan Singapura, di aman beliau bersyarah mengenai politik komparatif, parti-parti politik, penyertaan politik, serta perhubungan gender dan antarabangsa.

Kami nantikan kedatangan anda pada 6 April nanti. Sila khabarkan acara ini kepada rangkaian dan rakan-rakan anda. Jika anda tidak dapat hadir, sila kunjungi laman Ustream kami semasa acara tersebut di mana anda akan berpeluang berkomunikasi dengan Dr. Bridget Welsh secara langsung. Sila hubungi Lau Shu Shi di +03 7784 4977 untuk pertanyaan lanjut.